Sunday, October 30, 2011

Study Week !!!

Blogger !!! Haiii !!! Lama tak update since byk esaimen
tak siap siap, bese r aq kan rajinnn ... *tgn didada mata keatas.

This week mmg sgt tough bagi aq sebab study week.
Minggu depan da mid sem exam... eh, lusa la da start... !
Study mmg mcm orang giler r... *padahal makan tido je lebih.

Till then...

Wednesday, October 12, 2011

Dilupakan atau melupakan ?

Kenapa tajuk entry mcm sedih je... ? Pilu semacam !
Ntah la... maybe sebab aq rasa dilupakan kot.
Aq sebenarnye tak suke dilupakan... especially oleh org yg rapat.
Maybe dah ade orang baru, so dah lupakan aq.
Nie bukan soal percintaan oke. Tolong sikit !!!

Sebab tuh kadang kadang aq rasa macam nak lari je.
Taknak dekat ngan diorang, tapi tak boleh.
Kalo aq wat mcm tuh, diorang noticed awal awal.
Mati aq ! Tapi biar r diorang taw !

Aq suke tgk tensile roof nie... mst time hujan air kua mcm pili bomba kat lubang uh .

For this time being, aq lagi suka dok sorang sorang.
Tak kacau orang... malas nak hang out ngan diorang.
Sebab watpe nak hang out skali, tapi jadik tunggul kayu ???
Tak ke gitu ? Gitu lah gamaknye yoep !
So, good for you... same goes to me... !
Chau !!!

(p/s: ptg nie mesti penat lagi practice taekwondo... wachaa ! )

Sunday, October 9, 2011

Not Give A Damn At All

Blogger sekalian !!! Lama tak hapdet blog aq nie.
Da bersawang la gamaknye... hahaha. *ada ko kesah ?

Dek ke'busy'an yg melanda skg nie,
ngn perancangan masa depan aq lagi,
telah menyebabkan aq busy tahap gaban !!!
So, till then... see u when I'm not in a hectic mood.
*tata...... esaimen melambak sempat nak hapdet blog !

(p/s: sedang membuat perancangan besar yg boleh mengubah masa depan =P )

Tuesday, August 16, 2011

My Wishlist Before Reaching 30

Sebelum umur aq mencecah 30 tahun, 
aq nak tunaikan wishlist aq yang aq hajatkan.
Tak kisah la macam mana pun, tapi aq nak buat jugak.
30 tahun tuh da tua, so sebelum 30 tahun
aq nak ade pengalaman hidup yg menarik.

Here comes my top wishlist before I'm reaching 30.

SATU melancong ke Jerman


Omaiii memang aq nak sangat g Jerman.
Nie sume pengaruh cite Inglorious Basterds la nie.
Kenapa Jerman ? Bukan London ke Greek ke !
1st, sebab aq nie kaki shopping.
Kat Düsseldorf ade Koenigsallee shopping street yg pemes.
2nd, aq suke nature punye pemandangan.
Kat München ade The English Garden yg mana
merupakan taman terbesar di München.
3rd, sebab aq nak belajar Bahasa Jerman.
Yg aq taw pon "Ich liebe dich" je. *gila nak g Jerman, English pon berhabuk.

DUA nak makan kat Seoul Garden


Ape tuh Seoul Garden ? Restoran la ngeng !
Sebenarnye nie bila bila mase je aq bole g.
Tapi aq nak g ngn my Spice Gurls je. * Azzira, Fadz ngn Apah.
Sempena setahun da berkawan ngan diorang.
Mintak mintak la sedap dan tak pelik makanannye.

TIGA nak kerja dengan JKR


Memang da lama aq pendam nak keje ngan JKR.
Nak jadik Juruukur Bahan kat sana la.
Nak kumpul duet sebelum g Jerman. *ceh macam g je kan.

EMPAT nak belanja family dengan sakannye


Ini sudah tentu, lagi lagi 1st salary kita kannn.
Mesti nak belanja family kita. HAHAHA.
Nak bawak g melancong ngan makan makan.

LIMA nak kereta Peugeot


Aq selalu gak nampak kereta Peugeot kat JB nih.
Comelll la kereta jenama nie. Lampu dye besar.
Aq berangan je bwk g utm then g kelas bwk kereta tuh.
Hahaha mmg kuat berangan tol la.

ENAM nak dapat gelaran Sr. kat depan nama


Oooiiii apa salahnya berangan nak dpt gelaran nie.
Register ngan ISM n BQSM, keje, exam bla bla bla.
InsyaAllah dapat la sebelum umur 30 tahun.

{Sr. Muhammad Iqram Bin Marshita.}

TUJUH nAk reunion ngan dak2 skolah lama, matrik ngn utm


Yg nie susah sikit. Bila da masing masing busy n ade komitmen.
Memang akan diabaikan la. Tapi tuh bukan alasannye.
Btw, I'm quite good in manipulating people. 
I'll persuade them, dlm kata lain "paksa" diorang.

Sunday, August 14, 2011

Percubaan Pertama

Good day kawan kawan semua.
Minggu nie aq ade hobi baru nak share ngan korang.
Nak taw, aq skg suke main Sketchup.

Nak taw ape tuh Sketchup ?
Tgk gambar dibawah.

*sila klik gambar utk tumbesaran








Nonsense tol ape yg aq buat nie 
*saje isi masa lapang.

(p/s: we design based on our creativity, not intelligence.)

Sunday, July 31, 2011

Kitab Seorang Juruukur Bahan (Wajib Baca)

Remember, surveyors ! This are your 'bibles'.
Sebagai seorang juruukur, korang kena ada benda nie.
Ianya akan digunakan semasa korang belajar
dan semasa korang akan bekerja nanti...

Ingat ! Tengok benda tu baik baik ! *ceh ayat nak psiko !



*nie SMM2 untuk kira kerja kerja bangunan/senibina seperti pengorekan,
bumbung, tangga, dinding, dan sebagainya.


*nie CESMM untuk kira kerja kerja kejuruteraan awam
cth: jambatan, jalanraya, empangan, jalan kereta api, terowong,
paip bekalan air, paip minyak dan gas dan sebagainya.

(p/s : dgr cite CESMM lebih kompleks than SMM2 ! )

Friday, July 29, 2011

Senarai Biasiswa (Sila Klik Segera)

Mari mari klik ini entry ! Biasiswa mari !
Untuk adik adik yang akan melanjutkan pelajaran
dan mahasiswa yang ingin mendapatkan tajaan.
Klik ! Jangan tak klik !


1) PTPTN
 2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
 3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
 4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
 5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
 6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
 8) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
 9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
 10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
 11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
 13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
 14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
 15) Gamuda Berhad
 16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
 17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 18) Lembaga Zakat Selangor
 19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
 20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
 22) Yayasan Negeri Sembilan
 23) Skim Biasiswa National Science F
 24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
 25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
 26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
 27) Sarawak Shell Berhad
 28) Sapura Industrial Berhad
 29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

(p/s : tengs to Pawaka Daksina atas info ini ^^ )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...