Sunday, July 31, 2011

Kitab Seorang Juruukur Bahan (Wajib Baca)

Remember, surveyors ! This are your 'bibles'.
Sebagai seorang juruukur, korang kena ada benda nie.
Ianya akan digunakan semasa korang belajar
dan semasa korang akan bekerja nanti...

Ingat ! Tengok benda tu baik baik ! *ceh ayat nak psiko !



*nie SMM2 untuk kira kerja kerja bangunan/senibina seperti pengorekan,
bumbung, tangga, dinding, dan sebagainya.


*nie CESMM untuk kira kerja kerja kejuruteraan awam
cth: jambatan, jalanraya, empangan, jalan kereta api, terowong,
paip bekalan air, paip minyak dan gas dan sebagainya.

(p/s : dgr cite CESMM lebih kompleks than SMM2 ! )

Friday, July 29, 2011

Senarai Biasiswa (Sila Klik Segera)

Mari mari klik ini entry ! Biasiswa mari !
Untuk adik adik yang akan melanjutkan pelajaran
dan mahasiswa yang ingin mendapatkan tajaan.
Klik ! Jangan tak klik !


1) PTPTN
 2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
 3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
 4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
 5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
 6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
 8) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
 9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
 10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
 11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
 13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
 14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
 15) Gamuda Berhad
 16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
 17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 18) Lembaga Zakat Selangor
 19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
 20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
 22) Yayasan Negeri Sembilan
 23) Skim Biasiswa National Science F
 24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
 25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
 26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
 27) Sarawak Shell Berhad
 28) Sapura Industrial Berhad
 29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

(p/s : tengs to Pawaka Daksina atas info ini ^^ )

Sunday, July 24, 2011

Prof Reply Email Aq

Wah semangat beno aq nie ye !
Belum abes degree dah nak survey benda nie.
Bukan ape, saje nak tengok tengok.
Advanced tol aq nie. * eee gelinye. mesti korang geli gak kan ?

Aq nie berhajat nak sambung Master nanti.
After abes degree nanti. * hah, nie memang gigih !
Korang nak taw, aq nak sambung Master dlm bidang lain.
Tapi still dalam fakulti yang sama dengan skrg.

Master of Science (Urban Design) .

Sampai aq email ngan prof yang mengajar benda nie.
Cer tengok cer tengok !

* sila klik untuk tumbesaran .

Hakhakhak takut gak aq masa aq nak send email tu.
Kenapa Urban Design ? Kenapa kat UTM gak ?
Sebab aq nak belajar benda lain la.
Lagipun aq minat design design nie. * minat sangat !
UTM adalah universiti kesayangan aq. Dekat ngan rumah.

Doakan aq dapat ye nanti. Please mintak mintak aq dapat.
Jadi, dalam masa yang sama aq ade ilmu ukur dan design !
* lagi banyak ilmu, lagi bagus kan kawan kawan .


(p/s : i don't trust 'curiousity kills the cat'. )

Thursday, July 21, 2011

Meet The Design Team

Hey, long time no see guys.
Btw, tahniah kepada adeq adeq junior yg
dpt masuk IPTA nanti, especially UTM.
*YEAH YEAH 

Skg saya nak explain pasal design team dlm construction.
Design team terdiri drpd:
*arkitek
*jurutera awam
*juruukur bahan
*jurutera mekanikal/elektrik
*kontraktor

Dan aq salah seorang drpd diatas.
*cewah. Ngeng !

Secara overall, seorang arkitek concern pasal design,
jurutera awam concern pasal kestabilan,
juruukur bahan concern pasal kos,
jurutera mekanikal/elektrikal pasal services,dan 
kontraktor merealisasikan design itu based on contract.

*arkitek
Pihak yang menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan
 peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. 
 Arkitek juga bertindak mengawasi perlaksanaan projek
 daripada tarikh milik tapak sehingga akhir.
*arkitek, jgn lukis pelik ae. susah mahu kira nanti.
*juruukur bahan
Pihak yang menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula 
projek sehingga akhir termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), 
Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO)
 dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak
 untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan
 kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal.
*jurutera awam
Pihak yang menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut
 berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan
 kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.
*jurutera mekanikal/elektrikal
Pihak yang menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal
 dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
 Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja
 yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.
*kontraktor
Pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses
 penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan.
 Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja
 berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa
 yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang
 dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera.

Dan yang paling penting, korang kena menghadap drawing
yang sangat mengkompiuskan.*bagi aq la.

(p/s : calculating the drawings is worst than making those drawings. )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...