Thursday, July 21, 2011

Meet The Design Team

Hey, long time no see guys.
Btw, tahniah kepada adeq adeq junior yg
dpt masuk IPTA nanti, especially UTM.
*YEAH YEAH 

Skg saya nak explain pasal design team dlm construction.
Design team terdiri drpd:
*arkitek
*jurutera awam
*juruukur bahan
*jurutera mekanikal/elektrik
*kontraktor

Dan aq salah seorang drpd diatas.
*cewah. Ngeng !

Secara overall, seorang arkitek concern pasal design,
jurutera awam concern pasal kestabilan,
juruukur bahan concern pasal kos,
jurutera mekanikal/elektrikal pasal services,dan 
kontraktor merealisasikan design itu based on contract.

*arkitek
Pihak yang menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan
 peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. 
 Arkitek juga bertindak mengawasi perlaksanaan projek
 daripada tarikh milik tapak sehingga akhir.
*arkitek, jgn lukis pelik ae. susah mahu kira nanti.
*juruukur bahan
Pihak yang menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula 
projek sehingga akhir termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), 
Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO)
 dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak
 untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan
 kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal.
*jurutera awam
Pihak yang menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut
 berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan
 kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.
*jurutera mekanikal/elektrikal
Pihak yang menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal
 dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
 Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja
 yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.
*kontraktor
Pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses
 penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan.
 Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja
 berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa
 yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang
 dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera.

Dan yang paling penting, korang kena menghadap drawing
yang sangat mengkompiuskan.*bagi aq la.

(p/s : calculating the drawings is worst than making those drawings. )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...