Sunday, October 30, 2011

Study Week !!!

Blogger !!! Haiii !!! Lama tak update since byk esaimen
tak siap siap, bese r aq kan rajinnn ... *tgn didada mata keatas.

This week mmg sgt tough bagi aq sebab study week.
Minggu depan da mid sem exam... eh, lusa la da start... !
Study mmg mcm orang giler r... *padahal makan tido je lebih.

Till then...

Wednesday, October 12, 2011

Dilupakan atau melupakan ?

Kenapa tajuk entry mcm sedih je... ? Pilu semacam !
Ntah la... maybe sebab aq rasa dilupakan kot.
Aq sebenarnye tak suke dilupakan... especially oleh org yg rapat.
Maybe dah ade orang baru, so dah lupakan aq.
Nie bukan soal percintaan oke. Tolong sikit !!!

Sebab tuh kadang kadang aq rasa macam nak lari je.
Taknak dekat ngan diorang, tapi tak boleh.
Kalo aq wat mcm tuh, diorang noticed awal awal.
Mati aq ! Tapi biar r diorang taw !

Aq suke tgk tensile roof nie... mst time hujan air kua mcm pili bomba kat lubang uh .

For this time being, aq lagi suka dok sorang sorang.
Tak kacau orang... malas nak hang out ngan diorang.
Sebab watpe nak hang out skali, tapi jadik tunggul kayu ???
Tak ke gitu ? Gitu lah gamaknye yoep !
So, good for you... same goes to me... !
Chau !!!

(p/s: ptg nie mesti penat lagi practice taekwondo... wachaa ! )

Sunday, October 9, 2011

Not Give A Damn At All

Blogger sekalian !!! Lama tak hapdet blog aq nie.
Da bersawang la gamaknye... hahaha. *ada ko kesah ?

Dek ke'busy'an yg melanda skg nie,
ngn perancangan masa depan aq lagi,
telah menyebabkan aq busy tahap gaban !!!
So, till then... see u when I'm not in a hectic mood.
*tata...... esaimen melambak sempat nak hapdet blog !

(p/s: sedang membuat perancangan besar yg boleh mengubah masa depan =P )

Tuesday, August 16, 2011

My Wishlist Before Reaching 30

Sebelum umur aq mencecah 30 tahun, 
aq nak tunaikan wishlist aq yang aq hajatkan.
Tak kisah la macam mana pun, tapi aq nak buat jugak.
30 tahun tuh da tua, so sebelum 30 tahun
aq nak ade pengalaman hidup yg menarik.

Here comes my top wishlist before I'm reaching 30.

SATU melancong ke Jerman


Omaiii memang aq nak sangat g Jerman.
Nie sume pengaruh cite Inglorious Basterds la nie.
Kenapa Jerman ? Bukan London ke Greek ke !
1st, sebab aq nie kaki shopping.
Kat Düsseldorf ade Koenigsallee shopping street yg pemes.
2nd, aq suke nature punye pemandangan.
Kat München ade The English Garden yg mana
merupakan taman terbesar di München.
3rd, sebab aq nak belajar Bahasa Jerman.
Yg aq taw pon "Ich liebe dich" je. *gila nak g Jerman, English pon berhabuk.

DUA nak makan kat Seoul Garden


Ape tuh Seoul Garden ? Restoran la ngeng !
Sebenarnye nie bila bila mase je aq bole g.
Tapi aq nak g ngn my Spice Gurls je. * Azzira, Fadz ngn Apah.
Sempena setahun da berkawan ngan diorang.
Mintak mintak la sedap dan tak pelik makanannye.

TIGA nak kerja dengan JKR


Memang da lama aq pendam nak keje ngan JKR.
Nak jadik Juruukur Bahan kat sana la.
Nak kumpul duet sebelum g Jerman. *ceh macam g je kan.

EMPAT nak belanja family dengan sakannye


Ini sudah tentu, lagi lagi 1st salary kita kannn.
Mesti nak belanja family kita. HAHAHA.
Nak bawak g melancong ngan makan makan.

LIMA nak kereta Peugeot


Aq selalu gak nampak kereta Peugeot kat JB nih.
Comelll la kereta jenama nie. Lampu dye besar.
Aq berangan je bwk g utm then g kelas bwk kereta tuh.
Hahaha mmg kuat berangan tol la.

ENAM nak dapat gelaran Sr. kat depan nama


Oooiiii apa salahnya berangan nak dpt gelaran nie.
Register ngan ISM n BQSM, keje, exam bla bla bla.
InsyaAllah dapat la sebelum umur 30 tahun.

{Sr. Muhammad Iqram Bin Marshita.}

TUJUH nAk reunion ngan dak2 skolah lama, matrik ngn utm


Yg nie susah sikit. Bila da masing masing busy n ade komitmen.
Memang akan diabaikan la. Tapi tuh bukan alasannye.
Btw, I'm quite good in manipulating people. 
I'll persuade them, dlm kata lain "paksa" diorang.

Sunday, August 14, 2011

Percubaan Pertama

Good day kawan kawan semua.
Minggu nie aq ade hobi baru nak share ngan korang.
Nak taw, aq skg suke main Sketchup.

Nak taw ape tuh Sketchup ?
Tgk gambar dibawah.

*sila klik gambar utk tumbesaran








Nonsense tol ape yg aq buat nie 
*saje isi masa lapang.

(p/s: we design based on our creativity, not intelligence.)

Sunday, July 31, 2011

Kitab Seorang Juruukur Bahan (Wajib Baca)

Remember, surveyors ! This are your 'bibles'.
Sebagai seorang juruukur, korang kena ada benda nie.
Ianya akan digunakan semasa korang belajar
dan semasa korang akan bekerja nanti...

Ingat ! Tengok benda tu baik baik ! *ceh ayat nak psiko !



*nie SMM2 untuk kira kerja kerja bangunan/senibina seperti pengorekan,
bumbung, tangga, dinding, dan sebagainya.


*nie CESMM untuk kira kerja kerja kejuruteraan awam
cth: jambatan, jalanraya, empangan, jalan kereta api, terowong,
paip bekalan air, paip minyak dan gas dan sebagainya.

(p/s : dgr cite CESMM lebih kompleks than SMM2 ! )

Friday, July 29, 2011

Senarai Biasiswa (Sila Klik Segera)

Mari mari klik ini entry ! Biasiswa mari !
Untuk adik adik yang akan melanjutkan pelajaran
dan mahasiswa yang ingin mendapatkan tajaan.
Klik ! Jangan tak klik !


1) PTPTN
 2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
 3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
 4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
 5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
 6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
 8) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
 9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
 10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
 11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
 13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
 14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
 15) Gamuda Berhad
 16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
 17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
 18) Lembaga Zakat Selangor
 19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
 20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
 22) Yayasan Negeri Sembilan
 23) Skim Biasiswa National Science F
 24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
 25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
 26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
 27) Sarawak Shell Berhad
 28) Sapura Industrial Berhad
 29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman

(p/s : tengs to Pawaka Daksina atas info ini ^^ )

Sunday, July 24, 2011

Prof Reply Email Aq

Wah semangat beno aq nie ye !
Belum abes degree dah nak survey benda nie.
Bukan ape, saje nak tengok tengok.
Advanced tol aq nie. * eee gelinye. mesti korang geli gak kan ?

Aq nie berhajat nak sambung Master nanti.
After abes degree nanti. * hah, nie memang gigih !
Korang nak taw, aq nak sambung Master dlm bidang lain.
Tapi still dalam fakulti yang sama dengan skrg.

Master of Science (Urban Design) .

Sampai aq email ngan prof yang mengajar benda nie.
Cer tengok cer tengok !

* sila klik untuk tumbesaran .

Hakhakhak takut gak aq masa aq nak send email tu.
Kenapa Urban Design ? Kenapa kat UTM gak ?
Sebab aq nak belajar benda lain la.
Lagipun aq minat design design nie. * minat sangat !
UTM adalah universiti kesayangan aq. Dekat ngan rumah.

Doakan aq dapat ye nanti. Please mintak mintak aq dapat.
Jadi, dalam masa yang sama aq ade ilmu ukur dan design !
* lagi banyak ilmu, lagi bagus kan kawan kawan .


(p/s : i don't trust 'curiousity kills the cat'. )

Thursday, July 21, 2011

Meet The Design Team

Hey, long time no see guys.
Btw, tahniah kepada adeq adeq junior yg
dpt masuk IPTA nanti, especially UTM.
*YEAH YEAH 

Skg saya nak explain pasal design team dlm construction.
Design team terdiri drpd:
*arkitek
*jurutera awam
*juruukur bahan
*jurutera mekanikal/elektrik
*kontraktor

Dan aq salah seorang drpd diatas.
*cewah. Ngeng !

Secara overall, seorang arkitek concern pasal design,
jurutera awam concern pasal kestabilan,
juruukur bahan concern pasal kos,
jurutera mekanikal/elektrikal pasal services,dan 
kontraktor merealisasikan design itu based on contract.

*arkitek
Pihak yang menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan
 peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. 
 Arkitek juga bertindak mengawasi perlaksanaan projek
 daripada tarikh milik tapak sehingga akhir.
*arkitek, jgn lukis pelik ae. susah mahu kira nanti.
*juruukur bahan
Pihak yang menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula 
projek sehingga akhir termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), 
Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO)
 dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak
 untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan
 kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal.
*jurutera awam
Pihak yang menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut
 berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan
 kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.
*jurutera mekanikal/elektrikal
Pihak yang menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal
 dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.
 Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja
 yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.
*kontraktor
Pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses
 penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan.
 Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja
 berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa
 yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang
 dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera.

Dan yang paling penting, korang kena menghadap drawing
yang sangat mengkompiuskan.*bagi aq la.

(p/s : calculating the drawings is worst than making those drawings. )

Tuesday, June 28, 2011

Say Less, Do More

Aq ingat lagi ape yang aq katakan after sem 1 dulu,
"U must get better in second semester, do it".
Berapi api kau. Memang aq cakap macam tu dalam hati.
Tapi after sem dua, semuanya sama sahaja.
Result makin jatuh. Even gred je naik sikit.
But, it doesn't worth it. I want more !

Adakah cara belajar aq salah ? Aq malas ke ?
I do my best, tapi hasilnya tetap tak berubah.
Malah semakin jatuh. Ikutkan hati aq ignore je.
Tapi, nie soal masa depan. Sape nak ambik ko keje kalo sama je?
Where's the variation ? Kelainan ? What i'm supposed to do ?

Oke ! Sem depan ko kena kuat. Lebih kuat !
Jangan lihat kekuatan org melemahkan, 
sebaliknya sebagai pembakar semangat !
Pecahkan tradisi ! Jangan lihat persepsi majoriti.
Kalau kita lihat mereka hebat, kita buat lagi hebat.
Ordinary people do extraordinary things !

(p/s: hanya aq boleh memotivasikan diri, kalau bukan siapa lagi.)

Monday, June 27, 2011

Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal

Oke guys, check this out. Ini dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Kepada sape sape yang nak memohon biasiswa, boleh mohon yang ini.

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP)
PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA KE DALAM DAN LUAR NEGARA

Biasiswa nie dibuka kepada pelajar pelajar yang sedang/akan
melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah sarjana muda sahaja.
Cube tengok dye tulis "LATIHAN TENAGA PENGAJAR" !
Gerenti nanti dapat kerja jadik lecturer bhaiii......
Kalau korang dapat biasiswa nie, korang akan terikat
dengan diorang 5 tahun. That's mean keje ngan diorang 5 tahun r.
Lagi satu, ianya untuk program ijazah sarjana muda aliran teknikal.
Macam ukur bahan, ukur tanah, kejuruteraan, dan sebagainya.

So jangan malu, jangan segan. Meh tekan SINI untuk apply.
(kalau link problem, taip je https://www.mohe.gov.my/sltp/index.php/ )

(p/s: nam apply ke tak, sebab engat nak sambung master. aaarrrggghhh.)

Sunday, June 26, 2011

Best Ke Masuk U Nie ?

Assalamualaikum sume blogger blogger sekalian !
Moh sini saya nak bercerita sikit. Nie pengalaman saya
sejak masuk UTM setahun yang lepas.
Kepada adik adik yang akan masuk U bulan 9 nanti,
bersedialah fizikal dan mental anda. Huahuahua...

Pembelajaran kat Universiti nie takde la beza
sangat dengan Matrik sebab dye amalkan sistem semester gak.
Cuma culture shock je la yang akan meng"shock"kan korang !
Beselah, korang tak penah masuk U, alih alih masuk lak.
Memang culture shock la, saya pon same gak.
Tapi kalau kat Matrik, lecturer pon saya panggil cikgu.
Macam sekolah gak, kita disuap segalanya, notes dll.
Tapi kat U, notes sume bagai carik sendiri ye adik adik.
Kalau nasib baik, ada gak lecturer korang bagi notes.
Pandai pandai la nak hidup, dah nama pon Mahasiswa.

*Nie la pintu gerbang utm. dulu saya kompius dgn pintu gerbang nie =.=

Sistem pemarkahan pulak jauh beza dgn Matrik.
Kalau Matrik, macam sama dengan sekolah.
Kalau U, boleh jadik 40% final exam, 60% assignment bagai.
60% tu termasuk kehadiran ke, studio ke, assignment ke.
Bagi orang macam saya, AAARRRGGGHHH !
Saya tak suke, aq nak 60% final exam.
Sebab saya suke ponteng kuliah. HAHAHA.

Kat U jugak, korang kena berbaik dengan lecturer korang.
Sebab pointer korang bergantung dengan lecturer.
Yes, kalau lecturer korang tak suke korang abes la.
Nasib baik saya nie baik dengan lecturer.
*eleh wat baik pon pointer saya jatuh gak, huhu.

Pastu, Fakulti korang bukannye dekat sejengkal.
Jauh ! Nak menapak pergi Fakulti da macam ape.

*perghhh ko bayangkan, blok korang kat hujung, fakulti pon hujung sana.
Boleh patah kaki ari ari jalan.

Sampai sampai penat, pastu ngantuk tak dapat fokus.
*nie utk orang macam saya la.don't try this at home k.

Saya nie jenis yang jakun kalau nampak benda baru.
For example, saya sangat teruja dengan foreigner foreigner nie.
Lagi lagi kalau orang putih ngan Korea. WAH TERUJANYE !
*walao weyh. teruja seyh.

*tapi mereka tak secantik/sekacak ini. please jangan kecewa.

Saya pernah nampak orang Korea tgh bual bual.
Saya pon curi curi dengar la. Aaaaaahhhhh !
Da macam dalam drama Korea.
Kawan saya paling takut dengan foreigner yang
dari timur tengah sana, yang kulit gelap semua tu.
*skg dye da dpt biasakan diri.

Mengenai bajet dan perbelanjaan, depends la.
Kalau korang dpt tajaan JPA ke Yayasan ke untunglaahhh !
Kalau macam saya PTPTN je, tak cukup.
Tak kisahlah PTPTN ke JPA ke kenalah berjimat cermat.
Kerana berjimat cermat itu amalan mulia ye adik adik.

Oke la sampai sini je ye adik adik.
Masuk U nanti amalkan ape yang saya buat tu ye.
Jadik orang yang berguna, belajar rajin rajih. Ececeh.
Adios.*selamat masuk U.

(p/s: jangan berlagak bila da masuk U nanti, Tuhan marah taw.)

Saturday, June 25, 2011

Bila Pelukis Jadi Penulis

Memang disaster la bila pelukis jadi penulis !
Kurang kurang pon boleh jadi misunderstanding.
Sebab kami tak bijak menggunakan ayat seperti penulis.
Kami akan dihentam bila mengkritik melalui penulisan.
Padahal kami hanya ingin mengkritik, itu sahaja !

Takpe, tunggu masa nanti aq akan mengkritik melalui lukisan pula.
Biar penulis penulis diluar sana tidak memahami dan 'misunderstanding' !

(p/s: pelukis menggabungkan sastera dan sains, kami memberi idea dan mengembangkan idea !)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...